Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia

Asyraf Roslan
Jun 12, 2019 04:14 MYT
Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Seniman veteran, Datuk A. Rahman Hassan telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Khamis.
Penyanyi era 1960-an itu disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 12.40 malam.
Menurut wakil keluarga Allahyarham, jenazah akan dikebumikan selepas Solat Zohor.
Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman.
BACA : A. Rahman Hassan kritikal, kini bergantung pada bantuan pernafasan
BACA : Pitam di stesen minyak, Khir Rahman mohon doakan A Rahman Hassan yang kini di ICU
Terdahulu, A. Rahman, 73 tahun, dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, Selangor.
Sebelum itu, pada 1 Jun lalu, penghibur veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3.30 pagi akibat masalah jantung.
#Datuk A Rahman Hassan #Hospital Ampang #jangkitan kuman #meninggal dunia #paru-paru #Penyanyi era 1960-an
;