Datuk Khalid beransur pulih

Astro Awani
Januari 10, 2013 06:44 MYT
Selepas terlibat dalam kemalangan di New Zealand baru baru ini, suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kini sedang melalui proses pemulihan.
Giat menjalani sesi fisioterapi, Datuk K masih berada di hospital dan belum dibenarkan pulang.
Kakak kepada Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa bersyukur kerana Datuk K kini sedang beransur pulih berkat sokongan dan doa semua.
“Alhamdulillah dia semakin beransur pulih dan keadaannya bertambah baik berkat doa semua. InsyaAllah, dia akan kembali ke rumah secepat mungkin dan kini masih lagi di bawah pengawasan pihak hospital.”
Serik dengan kejadian yang berlaku, Datuk K menyatakan yang dia tidak mahu menaiki motor buat sementara waktu.
Malah, menurut Datin Zaiton lagi, isterinya iaitu Datuk Siti Nurhaliza sendiri telah menghentikan sebarang aktiviti seni untuk menjaga kesihatan suaminya itu.
“Datuk Siti dan seluruh keluarga bergilir-gilir menjaga Datuk K. Malah Datuk Siti sendiri tidak pernah meninggalkannya dan menjadi jururawat sepenuh masa di sana.” tambah Zaiton lagi.
Datuk Khalid sebelum ini terlibat dalam satu kemalangan melibatkan motor berkuasa besar yang telah mengakibatkan kecederaan pada tulang belakangnya.
#datin zaiton mohamed jiwa #Datuk Khalid #Datuk Siti Nurhaliza
;