Datuk kepada Alif Satar berusia 91 tahun sembuh dari COVID-19

Astro Awani
November 29, 2020 19:51 MYT
Datuk kepada Alif Satar, Mohamad Che Noh sudah sembuh daripada penyakit COVID-19 dan dibenarkan untuk pulang semula ke rumahnya. - Gambar Instagram @alifsatar
SATU lagi berita baik dikongsikan oleh selebriti selebriti serba boleh, Alif Satar.
Kali ini, mengenai datuknya, Mohamad Che Noh yang dikhabarkan sembuh daripada penyakit COVID-19 dan dibenarkan untuk pulang semula ke rumahnya.
Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, Alif, 30, menyatakan rasa syukur dengan berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah.
"Itu Pak Wan saya, pesakit COVID-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah!
"Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar," kata Alif menzahirkan kesyukuran pada Allah.
BACA: Penyanyi Alif Satar positif COVID-19, mohon maaf atas kesulitan
BACA: Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
Pada masa sama, Alif yang masih berada dalam tempoh kuarantin merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan datuknya itu.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan hari itu, semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua,” jelas Alif sambil memaklumkan dia masih menerima rawatan di Hospital Melaka.
Buat masa ini, Alif masih lagi menjalani rawatan selepas disahkan positif COVID-19 minggu lalu.
Bagaimanapun, isterinya Sha Dila Hadid dan tiga anak mereka, Alisha Anugerah, 5; Ariana Mecca, 3; dan Muhammad Ali, 1, disahkan negatif COVID-19 selepas membuat ujian saringan pada Isnin.
BACA: 'Tolong buang sampah, hantar makanan' - Alif Satar terharu jiran murah hati
BACA: Alif Satar terharu Dr Zulkifli bertanya khabar tentang kesihatannya
#Alif Satar #penyanyi #Pengacara #pelakon #selebriti #positif COVID-19 #ujian saringan #Tok Wan #COVID-19
;