Datin Rebecca selamat bersalin anak keempat
Sinar Harian
Julai 19, 2018 21:35 MYT
Julai 19, 2018 21:35 MYT
PELAKON Datin Rebecca Nur Al-Islam, 32, selamat melahirkan cahaya mata keempatnya, merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan terkenal di Kuala Lumpur pada jam 8.20 pagi Rabu.
Berita gembira ini dikongsi pengurus Rebecca atau lebih mesra disapa sebagai Becca menerusi Instagram miliknya, @carloshills.
Carlos menerusi perkongsian itu, telah memuat naik gambar Becca di bilik bersalin bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman dan bayi yang baharu dilahirkan.
“Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca. It's baby boy. #1872018 selamat melahirkan jam 8.20am @gleneagleskl,” tulisnya pada kapsyen.