Dapat restu? Rihanna bercuti bersama keluarga jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel

Isabelle Leong
Jun 9, 2019 10:23 MYT
Pengasas Fenty Beauty itu memakai dress mini off shoulder dan kelihatan santai dan gembira dengan Hassan. - Twitter/GifsFenty
PENYANYI wanita paling kaya di dunia, Rihanna dilaporkan bercuti bersama-sama teman lelakinya, Hassan Jameel dan keluarga di Itali pada Rabu.
Pasangan tersebut dilihat menaiki bot dan menikmati makan tengah hari di Restoran Lo Scoglio di bandar Nerano, Pantai Amalfi, di pusat peranginan Capri, memetik laporan Arab News.
Pengasas jenama Fenty Beauty dengan nilai kekayaan sekitar AS$600 juta (RM2.4 bilion) itu memakai dress mini ‘off shoulder’ dan kelihatan santai dan gembira dengan Hassan.
Hubungan percintaan Rihanna dan Hassan mula mencuri perhatian selepas foto kemesraan mereka berdua tersebar sekitar Julai 2017.
BACA: Rihanna hangat bercinta dengan jutawan Arab Saudi
BACA: Rihanna rancang berkahwin dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel
Hassan Jameel merupakan seorang usahawan muda dan juga pewaris kekayaan keluarganya Abdul Latif Jameel Company.
Syarikat memegang hak pengedaran kenderaan jenama Toyota di Arab Saudi.
Keluarganya merupakan antara yang terkaya di dunia Arab.
#Abdul Latif Jameel Company #Arab Saudi #Fenty Beauty #Hassan Jameel #Itali #Rihanna #terkaya #Toyota
;