Dapat 53,000 'dislike', video rasmi lagu 'Abang Nak Tegur' tetap trending di YouTube

Madiha Abdullah
Januari 4, 2018 17:23 MYT
Video itu yang baru semalam dilancarkan, sudah menerima hampir 400,000 tontonan dan berada di kedudukan kedua carta trending di YouTube. - YouTube KRU Music
NAMPAKNYA bajet besar tidak menjamin sesebuah hasil karya itu menerima pujian ramai.
Mungkin itu nasib yang diterima muzik video single nyanyian pengasas jenama D'Herbs, Datuk Aliff Syukri, bersama isterinya, Datin Shahida dan ahli perniagaan, Nur Sajat, berjudul Abang Nak Tegur.
Apa yang positif ialah video berkenaan, yang baru semalam dilancarkan, sudah menerima hampir 400,000 tontonan dan berada di kedudukan kedua carta trending di YouTube.
Namun seperti juga video lirik lagu tersebut, jumlah dislikes yang diterima lebih banyak daripada likes.
Setakat ini, video itu menerima lebih 53,000 'dislike', dan hanya 20,000 'like'.
Di ruangan komen, ada penonton yang mempersoalkan kehadiran Sajat dan menganggap adalah lebih baik jika lagu itu dinyanyikan Aliff bersama isterinya sahaja.
Video lagu terbitan KRU Music itu menjalani penggambaran di Sepanyol, baru-baru ini.
#Abang Nak Tegur #Datuk Aliff Syukri #Lagu #sepanyol #Single #video #YouTube
;