Danny X-Factor timang cahaya mata pertama selepas 7 tahun

Gempak
Februari 28, 2019 08:44 MYT
Isteri Danny selamat melahirkan bayi lelaki selepas tujuh tahun mereka berumah tangga.
PELAKON dan penyanyi Danny X-Factor selamat menimang cahaya mata pertama tepat jam 11.15 pagi tadi.
Isterinya selamat melahirkan bayi lelaki selepas tujuh tahun mereka berumah tangga.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa, 38.
“Alhamdulilah Syukur Diatas kurniaanmu Ya Allah SWT...
“Terima kasih kepada yang mendoakan keatas isteri dan ank lelaki pertama kami tepat Jam 1115am, 28022019 Khamis .. lahirnya Putera kami .
“Yeayy now my new tittle Papa Dada ayah daddy pokmu .. Terima kasih .. Atuknya tengah Azan,” tulisnya.
Berita itu dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Danny sekeluarga.
#bayi #Danny #Instagram #lelaki #timang anak #X-Factor