Dakwaan tetamu abaikan pengantin kerana kehadiran Siti Nurhaliza ke majlis? Ini jawapannya ...

Gempak
September 5, 2018 14:39 MYT
Menerusi entri di Instagram (IG), Rozi meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menularkan video tersebut sehingga menyebabkan pasangan pengantin menerima kecaman daripada netizen. - Foto Astro Gempak
PENGURUS penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak tampil memberi penjelasan mengenai sebuah video yang tular di media sosial semasa kehadiran penyanyi itu di sebuah majlis perkahwinan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Rozi meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menularkan video tersebut sehingga menyebabkan pasangan pengantin menerima kecaman daripada netizen.
"Video ini dikatakan telah trending dan viral, diambil dari IG saya (walaupun tak dinyatakan kredit atau sumber video), saya yang upload.Dalam video tersebut saya ada cakap (walaupun tak berapa nak dengar) Siti Fairuz (CF) muka risau sebab biasa dia yang jaga boss.
"Sesiapa yang viralkan video ini anda tidak bertanggungjawab dalam beberapa perkara dan telah membuatkan netizen memberikan komen-komen negatif kepada pengantin khususnya.
"Ini bagi saya tidak adil kepada pengantin iaitu Siti Fairuz @cteafairuz yang kami panggil CF. Video ini trending di youtube dan dipanjang-panjangkan ke sosial media, dan hanya diambil sebahagian saja daripada video asal," tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Rozi juga menjelaskan tujuan kehadiran Siti ke majlis tersebut dan berharap orang ramai dapat berhenti memberi kecaman kepada pasangan pengantin.
#Instagram #kahwin #media sosial #netizen #perkahwinan #Siti Nurhaliza #video #YouTube
;