"Dakwaan kami berpecah adalah tidak benar" - Shiro
Gempak
Oktober 22, 2018 19:43 MYT
Oktober 22, 2018 19:43 MYT
PESERTA Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), kumpulan Shiro menafikan dakwaan orang ramai yang mendakwa telah berpecah sebelum ini.
Menurut anggota kumpulan Shiro, Ajak menjelaskan mereka cuma kurang bernasib baik kerana tidak mendapat tawaran untuk bekerja bersama-sama dan disebabkan itu pelbagai dakwaan timbul.
"Sejak awal kemunculan kami dalam industri lagi cerita seperti ini sudah keluar.
"Kami masih bersama cuma kurang mendapat tawaran bersama dan oleh kerana itu orang mendakwa Shiro telah berpecah.
"Saya dan Shahrol dah macam adik beradik jadi mana mungkin kami akan berpisah.
"Jika ada selisih faham tu perkara biasa kerana itu adalah lumrah bagi manusia," katanya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
MLM 2018 akan bersiaran bermula 2 November ini pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.