Dakwaan cabul: Nafi peluk, cium wanita, bintang Squid Game mengaku hanya pegang tangan

Gempak
Februari 4, 2024 11:30 MYT
Young Soo yang menjadi terkenal menerusi drama siri popular Squid Game dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita pada tahun 2017. - Gambar fail
AKTOR senior dan pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Dalam Siri di Anugerah Golden Globe, Oh Young Soo berdepan hukuman penjara setahun jika didapati bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita.
Young Soo yang menjadi terkenal menerusi drama siri popular Squid Game dituduh melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita pada tahun 2017, lapor AllKPop.
Menerusi pertuduhan di mahkamah, bintang itu telah memegang, memeluk dan mencium wanita yang identiti tidak didedahkan sewaktu mereka mendaki dan melakukan riadah di sebuah tasik.
Lelaki berusia 79 tahun tersebut menafikan dakwaan yang dibuat pada 2022. Dia konsisten dengan jawapannya mengatakan hanya memegang tangan wanita tersebut sambil bersiar-siar di sekitar tasik pada insiden yang berlaku September 2017.
Namun pihak pendakwa raya memohon satu tahun penjara terhadap aktor tersebut atas pertuduhan menyentuh wanita secara tidak senonoh.
Pihak pendakwa raya melalui hujahnya mengataka Young Soo telah melahirkan keghairahan terhadap kliennya sewaktu mereka minum.
Young Soo kemudian meminta maaf kepada wanita itu dengan mengatakan menganggap dia seperti seorang anak. Namun pihak pendakwa raya melihat sebagai satu manipulasi.
Barisan peguam Young Soo bagaimanapun membantah tuntutan tersebut dengan mendakwa mereka kekurangan bukti selain membangkitkan masalah kesihatan pelakon tersebut.
“Ia sukar saya berada di mahkamah dengan usia sekarang. Saya berasa hidup saya dimusnahkan. Tolong lakukan keputusan yang tepat,” ujar Youn Soo menerusi peguamnya.
Young Soo menjadi terkenal selepas membawa karakter Oh II nam menerusi Squid Game yang ditayangkan pada 2021 lalu. - Gempak
#Squid Game #Young Soo #dakwaan cabul wanita #hukuman penjara
;