Dah tiga kali The Rock 'meninggal dunia'...

Agensi
November 15, 2019 07:49 MYT
Kematian The Rock kononnya dilaporkan BBC dengan tajuk 'The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun'. - REUTERS/Gambar fail
INI berita mengejutkan buat peminat pelakon Hollywood terkenal, Dwayne Douglas Johnson atau The Rock!
Pelakon berbadan sasa itu dilaporkan "meninggal dunia" untuk kali ketiga pada usia 47 tahun.
Tetapi, jangan bimbang. Kerana, kematian membabitkan pelakon filem Jumanji itu hanyalah sekadar berita palsu.
Malah, beliau masih dilihat aktif di media sosial Instagram dan Twitter.

Next level beats courtesy of our #JUMANJI cast. #NationalDrummingDay pic.twitter.com/Nb7DiHx3Po

— Seven Bucks Prod (@SevenBucksProd) November 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memetik laporan berita antarabangsa, kematian The Rock kononnya dilaporkan BBC dengan tajuk ‘BBC: Dwayne The Rock Johnson Dies at 47 after a terrible stunt attempted failed’ (BBC: Dwayne 'The Rock' Johnson meninggal dunia pada usia 47 tahun selepas cubaan aksi lagak ngeri gagal).
Laporan tersebut mendakwa The Rock terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri.
Bagaimanapun, pautan berita tersebut membawa pengguna media sosial ke laman web palsu.
Setakat ini, The Rock belum mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, dia turut menjadi mangsa berita palsu apabila didakwa meninggal dunia sewaktu menjalani penggambaran Fast and Furious 7 pada 2011, dan sekali lagi pada 2014.
#bbc #berita palsu #Berita palsu The Rock #Dwayne Douglas Johnson #Dwayne Johnson #Hollywood #lagak ngeri #media sosial #meninggal dunia #The Rock #The Rock hero filem Jumanji #The Rock kahwin #The Rock meninggal dunia
;