Dah kenapa gadis penghidang air ini 'sungguh-sungguh menghidang' di Golden Globe?
Asyraf Roslan
Januari 7, 2019 17:39 MYT
Januari 7, 2019 17:39 MYT
SIAPA yang tidak teruja untuk menghadiri majlis yang penuh gilang gemilang seperti Anugerah Golden Globe yang berlangsung meriah pagi tadi.
Tidak terkecuali juga seorang gadis penghidang air yang tidak melepaskan peluang keemasan untuk menjadi bintang di permaidani merah.
Menerusi laman Twitter Enews! , gadis tersebut sempat 'photo bomb' di dalam setiap gambar selebriti di Anugerah Golden Globes.
Enews! dengan kapsyenya “Wanita yang memegang FIJI Water di #GoldenGlobes benar-benar datang untuk menghidang”.
Gambar yang dimuat naik oleh Enews itu telah menarik perhatian masyarakat. Gambar itu telah mendapat 27 ribu likes dan juga 7 ribu Retweet.
Wartawan dari The Guardian, Benjamin Lee juga menjangkakan bahawa gadis tersebut akan mempunyai akaun parodi juga menjadi kenyataan selepas gambarnya tersebar luas di internet.