Dah besar pun nak tengok BoBoiBoy Movie 2? Ini 5 sebab mengapa mereka wajib tonton!
Gempak
Ogos 28, 2019 07:23 MYT
Ogos 28, 2019 07:23 MYT
FILEM BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) telah mencetuskan fenomena buat industri animasi di Malaysia.
Dengan kualiti dipertingkat dari segenap aspek, filem ini telah menerima pujian daripada seluruh penonton termasuk pengkritik filem.
Namun, dalam pada kejayaan itu juga ramai bertanggapan filem animasi ini hanya sesuai ditonton kanak-kanak.
Disebabkan itu, Gempak senaraikan mengapa BBBM2 sebenarnya sangat sesuai ditonton golongan dewasa.
#1 Hilangkan Tekanan!
Daripada awal sehinggalah pengakhiran filem ini, BBBM2 menyajikan elemen komedi yang sangat epik.
Lawak yang tidak keterlaluan serta punchline yang sangat 'on point' menjadikan filem ini sangat menghiburkan.
Anda boleh lihat bagaimana watak Gopal melakukan lawak makanannya manakala Papa Zola dengan komedi 'kebenarannya'.
Tidak cukup dengan itu, Tok Kasa pula mewakili lawak dan jenaka 'orang lama'.
Pipi Zola juga menambah rencah dengan lawak budak kecilnya, anda pasti tersenyum. Hilang semua tekanan kerja!
#2 Mood Superhero!
Rasanya tidak keterlaluan menggelar BBBM2 sebagai filem animasi superhero Malaysia terbaik ketika ini.
Dengan penggunaan animasi bertaraf antarabangsa selain turut ditambah efek bunyi yang gempak, 'vibe' supehero itu sangat kuat.
Sesekali terasa seperti menonton Avengers versi kartun.
Jangan tak tahu pula, filem ini ada babak 'post credit', jadi janganlah keluar terlalu awal.
#3 Elemen Kekeluargaan Dan... Cinta!
Jangan sangka filem animasi hanya untuk gelak tawa saja, ini kerana BBBM2 padat dengan elemen pengajaran.
Kisah tentang persahabatan, kekeluargaan dan pengajaran supaya tidak mudah mengaku kalah semunya ditonjolkan dengan cemerlang.
Malah, jangan terkejut kerana BBBM2 turut menyelit elemen percintaan antara watak Adu Du dan Ayu Yu!
#4 Throwback Kenangan Lama
Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ramai yang tidak menyangka.
Beberapa elemen dalam filem ini menggunakan elemen nusantara.
Jika diperhatikan dengan teliti, kapal angkasa baru MYS Kebenaran diinspirasikan daripada rekaan Wau Bulan.
Selain itu MYS Keamanan dihasilkan dengan elemen congkak manakala rekaan gasing juga dapat dilihat menerusi kapal angkasa milik Kapten Kaizo.
Persoalannya, bila kali terakhir anda melihat gasing, congkak dan wau bulan ini? Imbau kenangan bukan?
#5 Semangat Cintakan Negara
Jika di Hollywood mereka ada The Incredibles, namun di sini kita ada BoBoiBoy.
Menerusi filem ini anda boleh lihat bagaimana kesungguhan BoBoiBoy mempertahankan bumi daripada ditakluk dan dijajah anasir luar.
Malah bersempena sambutan merdeka yang hampir tiba ini, pastinya BBBM2 mampu membuatkan bangga sekali gus cintakan tanah air selepas menonton.
Ditambah pula filem ini sepenuhnya dihasilkan oleh anak tempatan.
Pelakon Indonesia, Tya Ariffin sendiri tidak menyangka Malaysia ada filem animasi sehebat BBBM2. Hebat bukan?
Jika anda masih belum menonton filem hebat apa ini, cepatlah berkunjung ke pawagam berhampiran.
Untuk rekod, Isnin lalu BBBM2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam.
#animasi
#Avengers versi kartun
#BBBM2
#Boboiboy Movie 2
#dewasa
#efek bunyi
#filem
#Kanak-kanak
#kapal angkasa
#kekeluargaan
#komedi
#Merdeka
#pengkritik filem
#percintaan
#persahabatan
#post credit
#superhero
#tekanan kerja
#Wau Bulan