'Dah berapa kali berubat dengan ustaz' - Isteri diganggu, Caprice dedah ditimpa ujian
Gempak
Jun 1, 2022 10:50 MYT
Jun 1, 2022 10:50 MYT
PENYANYI rap, Caprice atau Ariz Ramli tidak menyangka ujian selepas mendirikan rumah tangga lebih berat.
Kata Caprice di sebalik senyuman mereka, pasangan itu telah melalui pelbagai dugaan dan cabaran hidup sejak tujuh bulan lalu.
“Sebelum ni saya fikir, selepas kahwin confirmed ujian akan lagi kurang...
“Behind all the smiles, filters, and videos, sebenarnya the past 7 months saya melalui banyak benda baharu yang kita kena manage dan cuba bantu isteri pulak,” dedahnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Xde Hal Bro" itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Caprice memuat naik rakaman video isterinya, Farra Inalis, 27, sedang tidur sambil dipasang ayat ruqyah di telefon pintar.
Beritahu Caprice lagi, isterinya yang diganggu dengan panggilan di tengah malam itu sudah pun beberapa kali diubati oleh ustaz.
Menurutnya, ada pihak yang tidak berpuas hati pada isterinya.
“Dah berapa kali ustaz datang berubat dia... baru-baru ni ada pula tiga orang yang berani call dia tengah malam dan ganggu.
“Saya tak tahu kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri,” katanya yang mempersoalkannya.
Tambah Caprice dia sudah penat dengan apa yang berlaku dan memerlukan bantuan.
“I am really tired to be honest…nak hadam business 9am-10pm, lepas tu sambung dengan benda bukan-bukan sampai 3am-4am. I need help,” pintanya.
Pada 15 November tahun lalu, Caprice selamat mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Hussni yang merupakan seorang ibu tunggal anak satu, Aleesya Sofea yang berusia lima tahun.
*Artikel asal di Gempak