Cuti sudah habis 'bro', BTS kini kembali

Asyraf Roslan
September 17, 2019 15:33 MYT
Selepas hampir sebulan merehatkan diri dari gelanggang muzik, BTS kini bersedia untuk kembali menjelajah dunia. - Gambar Twitter @bts_bighit
CUTI sudah habis 'bro'!
Selepas hampir sebulan merehatkan diri daripada arena muzik, Kumpulan pop terkemuka dunia, BTS kini bersedia untuk kembali menemui peminat-peminat mereka.
Menurut laporan media antarabangsa, syarikat Big Hit Entertaiment yang menguruskan kerjaya seni kumpulan yang dianggotai oleh Jungkook, RM, Suga, V, Jimin, Jin dan J-Hope itu mengumumkan percutian BTS selama sebulan sudah berakhir.
BTS yang popular dengan lagu DNA, Idol dan Mic Drop akan menyambung konsert jelajah mereka iaitu Love Yourself: Speak Yourself di Stadium King Fahd International, Arab Saudi, pada 11 Oktober ini.
BACA : BTS umum 'cuti panjang', mohon tidak diganggu peminat
Selepas Arab Saudi, BTS akan menjayakan konsert di Stadium Olimpik Seoul, Korea Selatan, pada 26, 27 dan 29 Oktober akan datang.
Dan sekembalinya mereka ke arena muzik adakah kita juga akan dapat mendengar lagu baharu selepas Boy With Luv duet bersama Halsey?
Sama-sama kita nantikan.
#Big Hit Entertaiment #BTS #K-pop #Love Yourself Speak Yourself
;