Di sebalik kisah mengenai hubungan rumahtangganya dengan Nor Nabila, ia tidak menghalang pelakon, Sharnaaz Ahmad untuk membahagiakan anak mereka, Jebat Jayden.

Pada hari raya pertama Aidilfitri, Sharnaaz membuatkan netizen terharu apabila memuatnaik gambar bertiga dengan kakak artis dan usahawan terkenal, Neelofa itu di laman sosial Instagramnya.

Baginya, apa yang penting, mereka sanggup mengetepikan perbezaan antara keduanya demi anak lelaki tunggal mereka yang tercinta.

"Cukup sempurna dah bagi aku.. ba loves you boy, mummy and baba issue put aside, we both love u so much.. @jebatjayden selamat hari raya sayang baaa.. and to nabila too, super mother to my boy." katanya yang turut memuat beberapa foto keluarga kecil itu.



Foto dan status berkenaan turut mendapat perhatian dan sokongan rakan artis dan peminat yang rata-rata mendoakan ketiga-tiga mereka.