Cuaca panas teruk, Zul Ariffin tetap syukur dapat tunai haji

Gempak
Jun 29, 2023 00:50 MYT
Zul menerusi akaun Twitter miliknya berkongsi pengalaman mengerjakan haji dan juga keadaan terkini di Tanah Suci. - Gambar Gempak
Pelakon, Zul Ariffin kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
Zul menerusi akaun Twitter miliknya berkongsi pengalaman mengerjakan haji dan juga keadaan terkini di Tanah Suci.
Menurut Zul, dia berasa puas meskipun berdepan dengan dugaan cuaca panas melampau di sana.
“Kulit satu badan terbakar, kulit tapak kaki koyak, Puas! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Salam Aidiladha daripada Mekah semua!” tulisnya.

Kulit satu badan terbakar, kulit tapak kaki koyak, PUAS! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Salam Aidiladha drpd Mekah semua!!!!

— zul ariffin (@zul_ariffin86) June 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Zul juga memaklumkan dia telah selesai melakukan wuquf di Arafah.
“Wuquf di Arafah, berbelas-belas kilometer kami berjalan kaki keluar dari kawasan maktab/khemah kami dan naik ke Jabal Rahmah.
“Berpuluh kali siram air botol kat kepala dan satu badan ketika jalan kaki, lapar, dahaga, terbakar, berjemur sakan. Alhamdulillah tersangat-sangat,” kongsinya.
Terdahulu, Zul sebelum ini sudah tiga kali menunaikan ibadah umrah sejak Ogos tahun lalu dan pernah dilaporkan, merancang untuk berhijrah ke Kota Mekah. - Gempak
#Aidiladha #Instagram #Twitter #cuaca panas
;