COVID-19: Tayangan Fast & Furious 9 tidak akan ditangguhkan

Syahirah Hani Roslan
Mac 6, 2020 16:04 MYT
Filem Fast and Furious 9 akan ditayangkan pada Mei seperti dijadualkan. - Foto IMDb
FILEM Fast & Furious 9 disahkan tidak akan ditangguhkan atas faktor COVID-19, begitu juga filem Marvel Black Widow dan Disney Mulan.
Baru-baru ini filem francais James Bond, No Time To Die diumumkan bakal ditangguhkan sehingga November 2020 atas sebab risiko kerugian kutipan untung pada hari tayangan.
Namun, hari ini The Hollywood Reporter melaporkan filem Fast & Furious 9, Mulan dan Black Widow mengambil keputusan untuk mengikut jadual perancangan.
Menurut laporan, Fast & Furious 9 akan ditayangkan pada Mei ini dengan penampilan baru John Cena sebagai abang kepada watak Dominic dan Mia Toretto.
Dalam pada itu, Mulan akan ditayangkan hujung bulan ini manakala Black Widow lakonan pelakon Scarlett Johansson pada April.
BACA: COVID-19: Tarikh tayangan filem terbaharu James Bond ditangguh ke November
#Black Widow #Disney #f9 #fast&furious9 #Marvel #Mulan #universal pictures
;