COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Astro Awani
April 13, 2021 17:21 MYT
April 13, 2021 17:21 MYT
KUALA LUMPUR: Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.
Penyanyi Paula Abdul diumumkan sebagai penggantinya dan akan menyertai juri lain Lionel Richie dan Katy Perry.
“Saya sedih kerana tidak dapat menyertai episod American Idol malam (Isnin, waktu tempatan) ini,” kata Bryan dalam pautan terbaharu Twitternya.
“Saya disahkan positif COVID dan dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk kembali tidak lama lagi,” tambahnya.
American Idol turut mengemaskini Twitter rasminya dengan menyatakan Bryan sedang dikuarantin dan berehat di rumah.
“Kami mendoakan agar Bryan cepat sembuh.”
Bryan turut dijadualkan untuk menyertai Anugerah Akademi Muzik Country pada Ahad, namun penampilannya terpaksa dibatalkan.
American Idol mengikuti garis panduan COVID-19 yang ketat, kru produksinya sering menjalani ujian COVID-19, kata penerbit dari ABC dan Fremantle.