COVID-19: Eina Azman mohon doakan kesihatan suami yang mula diberi bantuan pernafasan

Astro Awani
September 1, 2021 21:28 MYT
Eina Azman memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang kini memerlukan bantuan pernafasan. - Foto Instagram @eina_azman
KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Paduka Eina Azman memohon orang ramai mendoakan kesihatan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang kini memerlukan bantuan pernafasan.
Eina yang turut positif COVID-19 berkata, tahap oksigen suaminya kini semakin menurun.
"Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, (Datuk Paduka) Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.
"Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19 sebab oksigen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oksigen," katanya dalam satu entri terbaharu di laman Instagramnya pada Rabu.
BACA: Eina Azman dan suami positif COVID-19 di hari ulang tahun perkahwinan
#Eina Azman #positif COVID-19 #tahap oksigen menurun #Kaiser Gurmeet Abdullah
;