Contohi Catriona Ross, jangan ambil jalan mudah! - Dr Amalina

Sinar Harian
Julai 31, 2018 17:55 MYT
Catriana Ross mengamalkan gaya hidup yang sihat dan betul, kata Dr Amalina. -Foto Sinar Harian

DR AMALINA tampil memuat naik status di akaun Twitternya, memberitahu kepada pelayar media sosial untuk mencontohi pelakon hebat, Catriona Ross, baru-baru ini.

Menurut Amalina yang kini bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di The Royal College of Surgeons, England, pelakon drama popular, Jangan Benci Cintaku itu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan betul.

"Contohilah Malaysian local celebrity Catriona Ross @BrianCatriona, have a look at her journey (on Instagram) on how to get a toned body #JourneyToAToneMe, instead of endorsing slimming pills.

"You need to work hard for it, no shortcuts, and definitely no slimming pills!," tulisnya.

Rata-rata pengguna dan pengikut Amalina turut sepakat menyetujui katanya itu.

Sementara itu menerusi laporan media berlainan, menurut Catriona, kata-kata Amalina dapat dijadikan sebagai penyuntik semangatnya untuk terus mengamalkan gaya hidup sihatnya.

"Apa membuatkan saya tersenyum adalah kenyataan diberikan beliau dapat membantu dan memberi inspirasi untuk terus memperbaiki usaha pada masa depan.

"Saya harap kata-katanya dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada wanita terutama bergelar ibu agar kembali sihat dengan cara yang betul.

"Seperti dikatakan Dr Amalina, memang benar saya tidak pernah mengambil sebarang pil diet kerana bimbang kesan akibatnya malah saya turut menjaga pemakanan harian," jelasnya.

#Amalina #BrianCatriona #Catriona Ross #diet #Jangan Benci Cintaku #pil kurus #Royal College of Surgeons
;