Comelnya! Meriah sungguh majlis aqiqah anak Lana Nodin dan Daud Mckienzie

Gempak
April 29, 2019 12:00 MYT
Rata-rata memuji kecantikan Lana dan mereka turut mendoakan agar anak-anaknya dapat membesar dengan sihat.
MAJLIS aqiqah serta kenduri kesyukuran Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie yang merupakan anak kepada pelakon Lana Nodin diadakan dengan meriah baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram, Lana telah berkongsi foto-foto 'live update' di sekitar majlis terbabit.
Bukan sahaja Lana, tetapi suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhammad Daud turut mengenakan baju rona sedondon dengan anak mereka.
Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.
Ia turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.
Rata-rata memuji kecantikan Lana dan mereka turut mendoakan agar anak-anaknya dapat membesar dengan sihat.
Lana dan David mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.
Berikut merupakan foto-foto comel anak-anak Lana sekitar majlis tersebut:
#bayi #Gia Quinn Mckienzie #Instagram #Lana Nodin #majlis aqiqah #William Daud Mckienzie
;