Comeback selepas pantang, Nora sudah rindu berlakon

Gempak
Januari 8, 2018 14:02 MYT
Suami Nora, Nedim Nazri juga menyokong keputusannya untuk kembali ke bidang seni selepas bersalin kelak.
HAMPIR setahun berehat daripada dunia seni, pelakon Nora Danish mengakui bakal membuat kemunculan semula pertengahan tahun ini selepas habis berpantang.
Nora yang dijangka bakal bersalin pada 9 Mac nanti sudah berehat sejak mendirikan rumah tangga pada Mac 2017.
“Memang saya rindu sangat nak berlakon. Lagipun, saya sudah berehat sejak bernikah dan kemudian hamil.
"Jadi, saya rancang selepas berpantang dan dah kembali sihat, dapat bentuk tubuh badan ideal, saya akan terus kembali bekerja,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik Oh Most Wanted di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Suami Nora, Nedim Nazri juga menyokong keputusannya untuk kembali ke bidang seni selepas bersalin kelak.
"Dia sangat menyokong malah dia sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami nanti," tambahnya.
Bagaimanapun kata Nora, prioritinya masih diberikan kepada keluarga terutama selepas mempunyai bayi yang memerlukan lebih perhatian sepanjang membesar.
Teks oleh: Amri Hassan
#bayi #Fahrenheit 88 #Nedim Nazri #Nora Danish #Oh Most Wanted
;