'Comeback' Misha Omar menerusi Tanpa Rela buat peminat ulang banyak kali

Asyraf Roslan
September 18, 2020 11:15 MYT
Muzik video Tanpa Rela diarahkan oleh Chuan Looi yang merupakan pengarah untuk muzik video Sampai Bila.
PENANTIAN peminat selama hampir dua tahun untuk mendengar buah tangan terbaharu daripada penyanyi Misha Omar akhirnya tercapai.
Selepas 'dihantui' dengan lagu Sampai Bila, peminat kini disajikan dengan sebuah lagu baharu bergenre balada berjudul Tanpa Rela.
Namun kali ini tidak seperti kebiasaanya kerana penyanyi yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu mempertaruhkan lagunya sendiri.
Dalam laporan Astro AWANI sebelum ini, Misha atau lebih mesra disapa Kak Mitch menyatakan bahawa penghasilan lagu terbaharunya ini memberikannya banyak pengalaman manis lebih-lebih lagi dapat bekerja bersama Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik.
"Saya juga terbabit dalam penulisan lirik,” katanya kepada Astro AWANI
BACA : Beranikan diri cipta karya sendiri, 'Tanpa Rela' menguji Misha Omar
Jika menjengah ke ruangan komen di YouTube dan sosial media peminat-peminat jatuh cinta dengan lagu terbaharu daripada Misha.
Ini antara komen-komen yang diberikan oleh peminat.
Muzik video Tanpa Rela yang diarahkan oleh Chuan Looi kini sudah mencecah lebih 6,000 tontonan di laman YouTube.
#Lagu #Misha Omar #Sampai Bila #Tanpa Rela #YouTube
;