KONSERT jelajah Coldplay 'A Head Full of Dreams’ berjaya memukau ribuan peminat di Singapura.
Diadakan dua malam berturut-turut (31 Mac & 1 April), konsert Coldplay ini menyaksikan sambutan hangat daripada sekurang-kurangnya 100,000 penonton di Stadium Nasional Singapura.
Menurut portal Straits Times, beribu-ribu peminat beratur berjam-jam di luar stadium untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik. Ada yang mula beratur seawal jam 6.30 pagi untuk konsert 8 malam.
Sementara itu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai rakaman video dan gambar konsert tersebut.
Peminat mengucapkan terima kasih kepada kumpulan band itu atas konsert yang menakjubkan.
Menurut netizen, Coldplay telah membawa penonton dalam perjalanan muzik yang berwarna-warni.
Lebih menarik, Chris Martin turut menyanyikan sebuah lagu khas untuk warga Singapura.
November lalu, tiket konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan pada 1 April habis dijual dua jam selepas ia dibuka kepada umum. Syarikat penganjur Live Nation Lushington kemudian mengumumkan Coldplay akan mengadakan konsert yang kedua pada 31 March 2017.
Konsert jelajah Coldplay yang bermula di Argentina pada 31 Mac 2016 akan berakhir pada bulan Oktober ini selepas bertemu peminatnya di Eropah dan Amerika Utara.
Kohilah Sekaran
Sun Apr 02 2017
Konsert jelajah Coldplay 'A Head Full of Dreams' berjaya memukau ribuan peminat di Singapura. - AP
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Siti mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu.
Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.
PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini.
Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.
MOTAC teliti aduan kekurangan konsert, tunggu permohonan penganjur Coldplay
MOTAC akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.