Claypot Curry Killers guna daging manusia sebagai resipi rahsia

Astro Awani
Oktober 8, 2013 09:22 MYT
Bagi peminat filem thriller, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton "Claypot Curry Killers".
Diarahkan James Lee, filem ini dekat dengan jiwa tempatan dari segi watak serta penceritaannya.
Filem ini mengisahkan pengusaha kari claypot yang menggunakan daging manusia sebagai resipi rahsia.
Diterbitkan bersama Astro Shaw, filem berdurasi 95 minit itu dibintangi Debbie Goh, Steve Yap dan Jeff Chin.
Peminat kini boleh menyaksikan filem ini menerusi "Astro First" di Saluran 480 bermula 10 Oktober ini.
#Astro First #Astro Shaw #claypot curry killers #filem #James Lee