Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android

Amanz
Januari 26, 2025 14:00 MYT
Ciri ini memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, memastikan data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri. -Amanz
IDENTITY Check adalah ciri yang diperkenalkan oleh Google untuk peranti Pixel dengan Android 15 melalui kemas kini Pixel Feature Drop tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Identity Check adalah ciri yang diperkenalkan oleh Google untuk peranti Pixel dengan Android 15 melalui kemas kini Pixel Feature Drop tahun lalu.
  • Ciri ini memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, memastikan data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
  • Identity Check akan diberikan kepada semua peranti Android 15 dalam masa terdekat, bermula dengan peranti Samsung Galaxy dengan One UI 7 sebelum dikembangkan kepada peranti Android 15 yang lain.

Ia seakan ciri Stolen Device Protection pada iPhone.
Menurut dokumen sokongan yang dikemas kini, Identity Check akan diberikan kepada semua peranti Android 15 dalam masa terdekat.
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Sebelum ini, ia hanya diberikan kepada peranti Pixel dalam bentuk ujian Beta dan akan hadir terlebih dahulu pada peranti Samsung Galaxy dengan One UI 7 sebelum kemudiannya dikembangkan kepada peranti Android 15 yang lain.
Pengembangan ciri ini mirip yang dilakukan pada ciri Google to Search yang pada awalnya hanya disokong peranti Samsung sebelum tiba ke Pixel dan Android yang lain.
Dengan ciri ini diaktifkan, pengguna perlu mengesahkan identiti dengan imbasan biometri untuk mengakses tetapan akaun atau tetapan sistem peranti apabila pengguna berada di luar radius lokasi yang ditetapkan.
Pencuri juga tidak boleh mematikan ciri seperti Find My Device, menukar kata laluan atau PIN peranti, format peranti dan banyak lagi. -Amanz
#Android #Identity Check #Pixel Feature Drop #eranti dicuri #data peribadi tidak boleh diakses
;