Cinta terhadap muzik semakin pudar - Tony Braxton

Astro Awani
Februari 11, 2013 19:09 MYT
Toni Braxton yang terkenal menerusi lagi “Unbreak My Heart” mengambil keputusan untuk tidak merakamkan album lagi.
Bagaimanapun penyanyi ini akan terus melakukan jelajah dan membuat persembahan
Braxton berkata demikian sewaktu ditemuramah menerusi rancangan “Good Morning America”, dimana dia menyatakan cintanya terhadap muzik semakin pudar.
Dia turut menderita menghidapi penyakit ‘lupus’ iaitu penyakit sama yang menyebabkan kematian bapa saudaranya.
Braxton pernah dikejarkan ke hospital sebanyak dua kali tahun lalu akibat komplikasi dan sistem imunisasinya gagal berfungsi.
Album terakhir daripada penyanyi berusi 45 tahun ini adalah ‘Pulse’ pada 2010.
#Pulse #Toni Braxton #Unbreak My Heart
;