Cinta lesbian raih trofi Palme d'Or di Cannes

AFP
Mei 26, 2013 07:36 MYT
Kisah cinta lesbian “Blue is the Warmest Colour” dari pengarah kelahiran Tunisia Abdellatif Kechiche memenangi anugerah utama di Festival Filem Cannes pada hari Ahad pada tahun yang memberi fokus kepada hak asasi gay.
Barisan juri yang diketuai oleh pengarah Hollywood Steven Spielberg memberi penganugerahan kepada filem erotik ini yang berlatarkan visual di Perancis dan berdurasi tiga jam.
Spielberg menyampaikan hadiah kepada Kechiche dan dua bintang filem berkenaan, Adele Exarchopoulos dan Lea Seydoux, dan mendapat sorakan gemuruh dari para tetamu.
“Saya ingin mendedikasikan filem ini kepada golongan belia di Perancis yang saya jumpa ketika penggambaran filem ini,” kata beliau.
“Mereka banyak mengajar saya tentang kebebasan dan hidup bersama.”
Kechiche, 52, dilahirkan di Tunisia dan juga menyuarakan sokongan beliau terhadap Arab Spring ketika menerima hadiah.
“Saya juga ingin tujukan hadiah ini kepada belia lain, di mana tidak lama dahulu terjadinya revolusi di Tunisia,” kata beliau. “Mereka mempunyai aspirasi untuk hidup bebas, untuk menyuarakan pandangan mereka secara terbuka.”
Anugerah tempat kedua, juga dikenali sebagai Grand Prix, dimenangi oleh filem “Inside Llewyn Davis”. Anugerah pengarah terbaik dimenangi oleh Amat Escalante dari Mexico untuk filem “Heli”. Pelakon Perancis Berenice Bejo memenangi anugerah pelakon wanita terbaik. Bruce Dern pula memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik.
#Blue is the Warmest Colour #Festival Filem Cannes #kisah cinta lesbian
;