Cik B, Baby Shima jadi mentor pertandingan 'Fanta6 Stage'

Astro Awani
Jun 17, 2021 18:39 MYT
"Fanta6 Stage" merupakan salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek Buzz yang dilancarkan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Sempena meraikan ulang tahun ke-6 dalam penyediaan muzik dan hiburan tanpa henti di Malaysia, JOOX membawakan "Fanta6 Stage", pertandingan kandungan video pendek pertama dan satu-satunya di negara ini yang bertujuan untuk mencari bakat baharu dalam kandungan kreatif.
Dalam satu kenyataan media, JOOX memaklumkan, pertandingan itu adalah salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek yang dilancarkan baru-baru ini.
"Fanta6 Stage" merupakan salah satu aktiviti sempena pelancaran fitur video pendek Buzz yang dilancarkan baru-baru ini, yang mendekatkan lagi pengguna JOOX dengan interaksi sosial serta memberi peluang untuk mempamerkan kreativiti mereka,” ujar JOOX - ekosistem hiburan paling berdedikasi di dunia.
Peserta "Fanta6 Stage" akan diberi peluang untuk dibimbing secara komprehensif oleh Cik B, salah satu pencipta kandungan yang paling mencuri perhatian di Malaysi di mana lagu debutnya telah meraih tiga juta tontonan hanya dalam seminggu sahaja serta BabyShima, yang dinobatkan sebagai salah seorang penyanyi dangdut dan pencipta kandungan video terbaik di rantau ini.
Di bawah bimbingan kedua-dua pencipta kandungan ternama tempatan ini yang mempunyai jutaan peminat sedia ada, akan membuka jalan mudah dan cepat untuk anda mencapai populariti dengan menunjukkan keperibadian unik anda kepada penonton dalam kempen rancangan realiti ini.
Bagaimana cara untuk menyertai kempen ini?
Hanya perlu rakam video antara 15 saat sehingga 5 minit, yang mengandungi idea baharu dan kandungan asli, kreatif dan menarik, berserta dengan pengenalan ringkas mengenai diri anda.
Muat naik video tersebut di JOOX Buzz dengan hashtag mentor pilihan anda – #BABYSHIMACREW atau #CIKBGANG? Dapatkan sebanyak mungkin tontonan dan sokongan untuk video tersebut dari 15 hingga 18 Jun!
Siapa tahu, anda mungkin menjadi salah seorang daripada lapan pencipta kandungan yang terpilih menerusi prestasi video ataupun oleh mentor sendiri dan seterusnya meneruskan perjuangan anda untuk menjadi juara Fanta6 Stage!
Anda ingin merebut peluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, bimbingan oleh mentor ternama dan kontrak kurator kandungan Buzz selama 3 bulan secara eksklusif dengan JOOX?
Sertai sekarang dan tunjukkan kepada dunia bahawa anda boleh menjadi seorang bintang Malaysia yang seterusnya!
Tempoh Masa
Uji Bakat:
- Tempoh Penyerahan – Sekarang sehingga 14 Jun 2021
- Tempoh Pengundian Top 16: 15 - 18 Jun 2021
- Pengumuman Top 16: 20 Jun 2021
Separuh Akhir:
- Tempoh Pengundian Top 8: 27 - 29 Jun 2021
- Pengumuman Top 8: 2 Julai 2021
Peringkat Akhir:
- Pengundian Terakhir: 5 - 7 Julai 2021
- Peringkat Akhir – 9 Julai 2021
#hiburan #Joox #Baby Shima #Cik B #Fanta6 Stage
;