Christina Aguilera bintang utama Twin Tower @Live 2014

Astro Awani
Februari 13, 2014 18:09 MYT
Twin Towers @ Live 2014 terus membawa kejutan apabila Christina Aguilera diumum sebagai bintang utama konsert berprestij itu.
Aguilera muncul pada malam pertama pada konsert yang akan berlangsung selama dua hari iaitu 28 dan 29 Mac ini.
Ia juga merupakan kehadiran kali pertama penyanyi yang semakin popular dengan rancangan realiti "The Voice" itu ke Malaysia.
Pihak penganjur menyeru peminat di seluruh negara datang memeriahkan suasana. kerana mereka mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk membawa penyanyi itu ke sini.
Artis tempatan seperti Joe Flizzow, Altimet, Sonaone, Ila Damia, Dj Biggy, Oh Chentaku dan DJ Irama juga bakal berkongsi pentas sepanjang acara berlangsung. Bintang K-pop Rain bakal membuat penampilan pada pada 29 Mac.
Twin Towers @ Live, yang berlangsung di menara berkembar Petronas KLCC, berjaya menarik lebih 50 ribu pengunjung pada penganjurannya tahun lalu, kali ini pihak penaja ingin membawa kelainan dengan menengahkan artis persembahan solo.
Tahun lalu twin tower @ live membawakan Demi Lovato, Backstreet Boys, 2NE1 dan Bintang K-Pop, U-Kiss.
#Christina Aguilera #KLCC #konsert #Twin Towers
;