Chris Brown mungkin dipenjarakan

Astro Awani
Januari 30, 2013 01:06 MYT
Hanya kerana tempat meletak kereta, Chris Brown sekali lagi terlibat dalam pergaduhan.
Brown didakwa mencederakan tangan penyanyi dan pencipta lagu Frank Ocean.
Sherif polis Los Angeles menerima laporan, Brown terlibat dalam pergaduhan pada malam Ahad di ruangan parkir, West Hollywood.
Penyiasatan melibatkan pergaduhan antara 6 individu termasuk seorang selebriti Frank Ocean.
Brown hilang kawalan, apabila kenderaannya ditahan pekerja Frank Ocean yang mahukan tempat parkir yang sama berhampiran studio rakaman berdekatan.
Ocean turut menulis di laman Twitter mengenai pergaduhan itu selain mengadu kedua-dua tangannya dicederakan.
Chris Brown 23 tahun masih lagi dalam tempoh pemerhatian 5 tahun mahkamah dalam kes mencederanan bekas teman wanitanya Rihanna.
Jika disabitkan kesalahan Brown mungkin di penjarakan.
#Chris Brown #Frank Ocean #pergaduhan #Rihanna