#Chewiewerehome sambut pendedahan teaser terbaru filem Star Wars

AFP
April 17, 2015 09:12 MYT
-Chewie, were home,- kata Solo dan disahut dengan ngauman Chewbacca tidak asing sebelum trailer itu tamat dengan logo ikonik -Star Wars-.
Teaser filem yang paling dinanti-nantikan, “Star Wars” yang didedahkan hari ini menguja perasaan peminatnya apabila kelibat watak Han Solo dan Chewbacca dilihat dalam trailer tersebut.
Teaser kedua filem penuh aksi “Star Wars: The Force Awakens” itu memaparkan pertarungan kapal angkasa dan aksi kejar-mengejar yang melibatkan Millennium Falcon sebelum berakhir dengan suara pelakon Harrison Ford sebagai Solo.
“Chewie, we’re home,” kata Solo dan disahut dengan ngauman Chewbacca tidak asing sebelum trailer itu tamat dengan logo ikonik “Star Wars”.
Teaser tersebut didedahkan di Konvensyen Star Wars Celebration di Anaheim, pinggir Los Angeles.
Hashtag #Chewiewerehome dan #StarWars berada dalam senarai topik perbincangan di media sosial.
Filem tersebut bakal ditayangkan kepada umum pada 18 Disember depan.
#Chebacca #Han Solo #Star Wars #The Force Awakens
;