Chef selebriti perkenal menu daging stik bersalut emas mampu cerna, harga beribu!

Gempak
Mei 30, 2019 09:50 MYT
Apabila dimakan, emas tersebut akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
CHEF selebriti asal Turki, Nusret Gokce atau nama glamornya Salf Bae memperkenal menu baru direstorannya iaitu, stik bersadur emas.
Chef berusia 36 tahun itu berkongsi menu baru itu menerusi satu videonya di Instagram.
Menghidangkan menu itu kepada pelanggannya, daging dimasak terus di atas meja pelanggan.
Dalam keadaan separuh masak, dia memotong daging tersebut ke bentuk kepingan dan membuat aksi pengenalan, menabur garam ke atas daging tersebut sebelum menikam pisau di atas meja.
Satu hidangan daging stik bersadur emas dijual pada harga AS$300 (RM1,256).
Sukakan bidang masakan terutamanya daging, dia menjelaskan bahawa emas 24 karat boleh dimakan kerana emas tulen tidak menimbulkan tindak balas kimia.
Apabila dimakan, emas tersebut akan dicerna oleh sistem pencernaan tanpa diserap ke dalam badan.
Chef Salf Bae membuka restoran pertamanya, Nusr-et pada tahun 2010 dan kini memiliki enam restoran.
Selain di Turki, Abu Dhabi, Dubai, Miami dan New York, dia bakal membuka satu lagi cawangan di London dan Midtown.
Antara beberapa selebriti Malaysia yang pernah menikmati hidangan stik di restoran Nusr-et adalah Datin Vivy Yusof dan Marion Caunter.
#chef selebriti #disaluti emas #Marion Caunter #Salt Bae #stik menu makanan daging #Vivy Yusof
;