Che Ta luah rasa terkilan kerana terpaksa tinggal suami, anak-anak
Gempak
Januari 16, 2017 22:47 MYT
Januari 16, 2017 22:47 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta telah meluahkan rasa terkilan kerana terlalu sibuk sehingga terpaksa meninggalkan suami, Zain Saidin dan anak-anak.
Che Ta meluahkan rasa hatinya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik semalam di laman sosial Instagram (IG) miliknya.
Ibu kepada tiga orang anak itu akui dia selalu tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu seperti memasak dan sebagainya.
Dalam masa yang sama, aktres itu memberitahu jadual hariannya terlalu penuh dengan pelbagai aktiviti luar seperti penggambaran drama, memenuhi jemputan undangan acara hiburan serta sibuk dengan urusan pernigaannya.
Che Ta memberitahu dia sedih melihat keadaan keluarganya itu terutama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang masih kecil dan belum memahami apa yang berlaku.
Menerusi entri tersebut juga Che Ta turut mengakui dia perlu melakukan sesuatu dan mempunyai perancangan untuk keluarganya.
Bagaimanapun Che Ta telah berjanji kepada para pengikut di IG untuk mengumumkan tentang perkara tersebut pada Rabu ini.
Berikut merupakan video yang dimuat naik: