Che Ta jual tudung bertatah mutiara pada harga mampu milik
Faida Rahim
Januari 22, 2023 16:35 MYT
Januari 22, 2023 16:35 MYT
KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan tampil memperkenalkan keluaran tudung bawal bertatahkan mutiara di media sosial, sejak semalam.
Mengetengahkan kualiti terbaik untuk wanita bertudung, usahawan berusia 50 tahun ini juga menjual tudung pada harga mampu milik iaitu RM25 sahaja.
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya,” katanya.
Selebriti yang lebih mesra dikenali sebagai Che Ta mempromosikan tudung bawal keluaran terbaharunya dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun TikToknya.
September tahun lalu, pelakon drama Jesnita ini memperkenalkan inai 'instant' mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin yang mana sebanyak 100,000 kotak berjaya dijual.
Kongsi Che Ta, dia berusaha untuk membantu membangunkan ekonomi golongan wanita termasuk suri rumah menjana pendapatan.