ChatGPT perkenal ciri peringatan, penjadualan tugasan berulang

Amanz
Januari 15, 2025 13:30 MYT
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta. -Amanz
SEJAK ChatGPT diperkenalkan, ia sedia membantu orang ramai dalam melaksanakan tugasan harian.

Ringkasan AI
  • ChatGPT kini menyokong ciri Projects untuk pengurusan projek khusus.
  • ChatGPT memperkenalkan ciri menjadualkan tugasan berulang dan memberikan peringatan kepada pengguna.
  • Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus dan masih dalam versi beta.

Dalam usaha memudahkan lagi, beberapa ciri tambahan telah sedia ditambah, termasuk sokongan Projects yang memudahkan pengurusan untuk sesuatu projek khusus.
Disamping itu, hari ini ChatGPT turut memperkenalkan ciri untuk menjadualkan tugasan berulang, dan juga untuk memberikan peringatan kepada pengguna.

Today were rolling out a beta version of tasksa new way to ask ChatGPT to do things for you at a future time. Whether it's one-time reminders or recurring actions, tell ChatGPT what you need and when, and it will automatically take care of it. pic.twitter.com/7lgvsPehHv

— OpenAI (@OpenAI) January 14, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan langkah ini, anda boleh melakukan sejumlah perkara, dan seterusnya ChatGPT akan menghantar notifikasi kepada pengguna apabila tiba tarikh atau masa yang ditetapkan.
Sebagai contoh, anda boleh melakukan peringatan untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu, atau turut meminta ChatGPT untuk merumuskan berita harian atau memberikan perancangan mingguna berasaskan kepada lokasi.
Ciri ini boleh diakses oleh pengguna berbayar ChatGPT Plus, dengan melakukan pilihan “4o with Scheduled Tasks” daripada menu ChatGPT. Ciri ini masih dilabelkan sebagai beta buat masa ini. -Amanz
#ChatGPT #projects #penjadualan tugasan berulang #beri peringatan
;