Charlize Theron nafi buat pembedahan plastik, wajah berubah kerana usia

Gempak
Ogos 24, 2023 12:18 MYT
Theron berpendapat setiap manusia perlu memiliki perasaan simpati dan positif terutama melihat perubahan yang terjadi kepada wajah seseorang. - Gempak
MELAKUKAN pembedahan plastik bukanlah perkara asing bagi wanita terutama selebriti di seluruh dunia.
Salah seorang aktres terkenal, Charlize Theron antaranya yang didakwa telah melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.
Hal itu kerana wajah Theron didakwa sudah nampak berubah.
Bercakap kepada Allure, wanita berusia 48 tahun tersebut menafikan dakwaan itu.
Pemenang Oscar menerusi filem Monster itu mendakwa wajahnya berubah mengikut faktor usia.
“Wajah saya berubah dan saya sukanya (perubahan). Tapi orang mendakwa saya melakukan pembedahan plastik.
“Mereka tanya ‘adakah saya melakukannya?’ Saya hanya boleh katakan saya sudah berusia,” katanya.
Theron kemudian menegaskan: “Apabila wajah berubah tidak bermakna saya telah melakukan pembedahan plastik. Ia terjadi secara semulajadi.”
Dia juga berpendapat setiap manusia perlu memiliki perasaan simpati dan positif terutama melihat perubahan yang terjadi kepada wajah seseorang.
“Saya fikir kita perlu lebih bersimpati dengan apa yang telah dilalui seseorang. Perjalanan saya melihat wajah terpampang di billboard sejak dulu sehingga kini agak menarik,” ulasnya.
Theron bercakap demikian selepas dirinya masih menjadi pilihan jenama mewah Christian Dior untuk pewangi L’Or de J’Adore keluaran baharu. -- Gempak
#Charlize Theron #pembedahan plastik #wajah berubah #faktor usia
;