'Chaq ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala' - Stacy mohon doakan kesembuhan abangnya
Rahimah Abdullah
Mac 19, 2023 17:24 MYT
Mac 19, 2023 17:24 MYT
ABANG penyanyi Stacy, Camellus Delleli Anam atau Chaq dilapor telah ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala susulan kemalangan Rabu lalu.
Perkara itu dimaklumkan Stacy kepada Pengurus Artis, Afeeq melalui aplikasi WhatsApp pada Ahad.
Stacy memaklumkan, Chaq menerima rawatan di Hospital Sibu dan selesai menjalani pembedahan pada Sabtu.
“(Chaq) ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih 'bleeding',” kata Stacy di aplikasi WhatsApp.
Chaq juga, katanya, sudah dua kali menjalani pembedahan kepala susulan pendarahan di otak akibat kemalangan itu.
“Semalam masalah dekat jantung turun naik sebab hati dan limpa dia ada terluka.
"Harap dia terus kuatlah, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,“ ujarnya.
Mengulas lanjut, tekanan darah dan jantung Chaq dilaporkan rendah selain hati dan buah pinggangnya juga terkesan,” ujarnya lagi.
Justeru, Stacy memohon semua pihak mendoakan kesembuhan Chaq yang sedang bertarung melawan kesakitan yang dihadapinya pada ketika ini.
Mendoakan perkara sama di Instagram, Stacy berharap agar Chaq kembali sembuh.
“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya, Camellus Delleli Anam (Chaq).
"Semoga Allah merahmati,” katanya di laman Instagramnya pada Ahad.