Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Gempak
Ogos 20, 2022 12:44 MYT
Ogos 20, 2022 12:44 MYT
ANAK perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Menerusi laman sosial Instagram, Aaron berkongsi momen sewaktu meraikan kejayaan anaknya dalam sebuah hantaran video.
“Tabarakallah alhamdulillah @dwiarianaaaron skor semua A dan A+ untuk peperiksaan (IGCSE). @diyanahalik please dont forget the reward you promised her. Congrats kak, you make us proud!!” tulis Aaron di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Ariana menangis sewaktu mendapat keputusan peperiksaan sambil dipeluk oleh ayah dan ibunya, Datin Diyana Halik.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pujian warga maya yang rata-ratanya menyatakan anak-anak Aaron bijak-bijak belaka.
Tidak kurang juga ada peminat dari Singapura yang turut berbangga melihat prestasi cemerlang Ariana yang bersekolah di sini.
“Tahniah Dewi! Anda juga membuatkan Singapura berbangga. Siapa kata anak SG belajar di luar negara tak boleh perform,” kata seorang warga maya.
“Alhamdulillah tahniah! Ia bukan satu kerja mudah tanpa adanya usaha dan doa daripada ibu bapa,” jelas seorang warga maya.
“Congratulations, dia sememangnya layak,” ujar seorang warga maya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada warga Instagram.
Sekadar info, IGCSE adalah program berasaskan sistem kurikulum antarabangsa iaitu Cambridge International General Certificate of Secondary Education yang berasaskan STEM.
Untuk rekod, Aaron berkahwin dengan Diyana Dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana,17, dan Dahlia Arissa, 13 tahun. -- Gempak