Cassidy Le Creme ingin cuba nasib rakam lagu Melayu

Khairunnisa Kasnoon
Februari 22, 2017 14:44 MYT
Berada di Singapura selama 3 tahun dan mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu mendorong bintang Youtube, Cassidy Le Creme untuk mendalami Bahasa Melayu. - Gambar Astro AWANI
Jika anda ke Universal Studio Singapura (USS), pastinya anda pernah jumpa 'Marilyn Monroe' untuk bergambar.
Tetapi ramai tidak tahu, 'Marilyn Monroe' itu kini boleh berbahasa Melayu dengan fasih.
Berada di Singapura selama 3 tahun dan mempunyai ramai kawan berbangsa Melayu mendorong bintang Youtube, Cassidy Le Creme untuk mendalami Bahasa Melayu.
Lebih hebat, Cassidy juga menyanyikan semula lagu-lagu Melayu dengan caranya yang tersendiri.
Sokongan berterusan yang diberikan masyarakat sekeliling membuatkan wanita kelahiran Melbourne semakin bersemangat untuk menyanyikan lagu Melayu.
Ikuti rakaman temubual bersama Cassidy ketika menjadi tetamu dalam Buletin AWANI Pagi.
#Cassidy Le Creme
;