Cashless? Nak tulis tajuk biar terang - Fathia Latiff

Astro Awani
Oktober 12, 2017 09:16 MYT
Fathia tersilap tafsir istilah berkenaan dan beranggapan ia membawa maksud sistem barter atau sistem tukaran barang yang diamalkan masyarakat dahulukala. -Gambar fail
NAMA pelakon Fathia Latiff sekali lagi menjadi sebutan pengguna laman sosial.
Kali ini, gara-gara 'kelurusannya' mentafsirkan istilah cashless atau tanpa wang.
Fathia semalam memuat naik satu status ke akaun Twitter mengulas kenyataan yang dibuat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tentang aspirasi cashless society untuk negara.
Cashless society merujuk kepada sistem jual beli tanpa menggunakan wang tunai dan peningkatan penggunaan kad debit sebagai gantinya.
Namun Fathia tersilap tafsir istilah berkenaan dan beranggapan ia membawa maksud sistem barter, atau sistem tukaran barang, yang diamalkan masyarakat zaman dahulu kala.

Kite nak jadi mcm zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik.Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takutttttttttttt pic.twitter.com/rJtFyXfhHg

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) October 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia menerima kecaman netizen yang berpendapat Fathia sepatutnya membaca isi kandungan berita berkenaan dan memahaminya terlebih dahulu.
Apatah lagi sebagai selebriti, setiap gerak geri, perlakuan dan status di laman sosial akan menjadi perhatian.
Dalam kemas kini status terbaharunya, Fathia mengakui kesilapannya yang membuat kesimpulan hanya dengan membaca tajuk berita.

Cashless : broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang. Ni bukan tulis gossip :)

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) October 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Reality check, first impressions matter- News Headlines.

— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) October 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#cashless #Fathia Latiff #laman sosial #sistem barter #Twitter
;