Carrie Underwood bintangi 'The Sound of Music'

Associated Press
Disember 2, 2012 17:21 MYT
Carrie Underwood dipilih membintangi “The Sound of Music” untuk projek siaran langsung di saluran NBC, akhir tahun depan.
Dia bakal menjayakan watak utama, Maria yang menjadi pengasuh kepada keluarga Von Trapp.
Juara “American Idol” itu pernah mencuba bakat sebagai pelakon dalam filem “Soul Surfer” pada 2011, namun hanya memegang watak pembantu.
Dia juga pernah menjadi pengacara majlis anugerah “Country Music Association” selama lima tahun.
Penyanyi country itu menjadi pilihan NBC kerana kemantapan vokalnya.
Muzikal “The Sound of Music” pertama kali dipentaskan di Broadway pada 1959 dan versi filemnya yang dibintangi Julie Andrews pada 1965 memenangi filem terbaik Oscar.
#carrie underwood #Sound of Music
;