Cari punca hidung berdarah, Achey terkena buatan orang?
Gempak
Februari 28, 2019 14:47 MYT
Februari 28, 2019 14:47 MYT
PELAWAK Achey mendedahkan hidungnya sering berdarah sejak lebih sebulan yang lalu.
Menurut Achey hidungnya berhenti berdarah jika hanya dia membuat rawatan di kampung, namun kembali berdarah selepas pulang ke Kuala Lumpur.
“(Berdarah) lagi??... ape ek?... kemon chey kerja banyak niiiiii.... sebulan kat kampung rawatan bagai... sekali pun tak terjadi kat kampung..balik keyyel ( Kuala Lumpur) kena balik... ok tak apa cari lagi apa punca.. kerja tetap jalan aa jangan main giler aaa...,” tulisnya.
Achey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, Achey memuat naik foto hidungnya disumbat tisu yang penuh dengan darah.
Rata-rata menyifatkan Achey seperti sudah terkena buatan orang
Tidak kurang juga mendakwa Achey kemungkinan ada masalah dalam bahagian hidungnya dan dinasihatkan membuat pemeriksaan doktor.