"Cari papa tak ada, rupanya dah ada rumah baru" - Netizen sebak baca ucapan Iqram Dinzly
Gempak
Jun 21, 2018 07:15 MYT
Jun 21, 2018 07:15 MYT
KEDATANGAN Syawal dan Hari Bapa baru-baru ini mengimbau kenangan pelakon Iqram Dinzly dan arwah bapanya yang meninggal dunia hujung tahun lalu.
Iqram yang kini kelihatan lebih terurus turut berkongsi luahan hati dan kata-kata buat arwah bapanya ketika menziarahi pusara arwah bapanya baru-baru ini.
"Balik puasa sehari, cari papa tak ada. Pagi raya, nak pergi solat raya papa tak ada.
"Lepas solat nak salam raya, papa tak ada. Nak wish Happy Fathers Day, papa tak ada.
"Apatah lagi nak gaduh pendapat dan be my good listener, lagilah dah tak ada. Rupa-rupanya papa dah ada rumah baru.
"Tak apa, tak apa doakan papa tenang selalu," tulisnya menerusi akaun Instagram baru-baru ini.
Iqram turut memberikan pesanan ringkas kepada pengikutnya untuk menghargai individu tersayang terutama keluarga ketika mereka masih ada.
Luahan hati Iqram itu mendapat simpati netizen malah ada yang turut sebak dengan nasib yang menimpa pelakon itu.
"Faham perasaan tu abang Iq. Lagi-lagi first year raya tanpa insan kita sayang. Serius. Sebak sangat," tulis @eeeyjaaaarosli.ej295.
"Rasa kerinduan dalam kehilangan memang tetap sentiasa ada, Iq. Fidyah kan saja Al-Fatihah," tambah @lissy.izzy_official.
Malah, ada juga peminat yang memuji penampilan terbaharu Iqram yang rapi walaupun masih berambut panjang paras bahu. - Teks oleh: Amri Hassan