Caprice dedah terima lebih 60 ancaman bunuh: 'I have been under 24/7 security'
Gempak
September 14, 2021 19:08 MYT
September 14, 2021 19:08 MYT
PENYANYI rap Caprice mendedahkan telah menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam sejak dua bulan lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini, 33, dia berada di bawah kawalan pengawasan selama 24 jam setiap hari sejak pulang daripada Mesir pada 6 September lalu demi keselamatan dirinya.
“Dalam masa dua bulan ni Caprice terima over 60 real ugutan bunuh, nak jumpa depan pagar, nak turun office Caprice, nak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai Pulau Pinang dan macam-macam lagi.
“I have been under 24/7 security sejak sampai Kuala Lumpur. It is not fun nor is it funny. We can do this by law or we can open a charity kick boxing match your team vs my team.
“Settle with the law, or settle in the ring, I'm ok. But don't leave threats and expect me to keep my mouth shut I'm not that guy,” ujarnya menerusi ruangan IG Story.
Menjawab pandangan seorang pengikutnya yang meminta agar dia melaporkan pada pihak polis, Caprice akui dia berasa penat.
“Kita dari Mesir, Jordan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekarang dalam kuarantin, tidak dapat singgah Bukit Aman lagi,” jelasnya lagi.
Caprice juga memaklumkan mahu memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit.
“Insya-Allah lepas habis kuarantin Caprice nak fokus balik bisnes dulu, family, misi dan selepas tu dapat kerjasama dengan pihak @pdrmsia_official untuk selesaikan isu yang lain. Kita sentiasa fight Insya-Allah,” kata pelantun lagu 5 Minit itu.
Terdahulu, Caprice berkongsi menerima ugutan menerusi laman Instagram yang memintanya untuk tidak datang ke negeri Pulau Pinang kerana dikhuatiri dia tidak akan kembali.