"Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu" - Zizan pasang niat kahwin tahun ini

Gempak
Jun 6, 2018 17:44 MYT
Jelas Zizan lagi, dia mahukan pasangan hidup yang memahami antara satu sama lain dan menjadi lebih daripada seorang sahabat.- Foto: @zizanrazak869
PELAWAK, pelakon dan pengacara Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga selewat-lewatnya tahun hadapan.
Kata Zizan, dia memasang niat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat (tahun ini) namun semuanya masih dalam perancangan.
"Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan.
"Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.
"Jadi, saya harus pilih yang terbaik," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rocketfuel di Hotel Eastin Kuala Lumpur semalam.
Zizan memberitahu dia sudah mempunyai calon namun enggan mendedahkan gerangan sebenar wanita terbabit.
"Sudah tentu dia perempuan... Buat amsa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.
"Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut," tambahnya.
Jelas Zizan lagi, dia mahukan pasangan hidup yang memahami antara satu sama lain dan menjadi lebih daripada seorang sahabat.
"Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Zizan bakal sekali lagi ke Indonesia selepas Aidifitri ini untuk penggambaran filem terbaharu bersama produksi negara republik itu. - Teks oleh: Amri Hassan
#amsa #kahwin #pelakon #Zizan #Zizan Razak
;