Busana nasi lemak bakal jadi 'kunci' kemenangan Miss Universe kita - Pereka Brian Khoo

Malik Ridhwan
November 1, 2017 09:44 MYT
Gaun khas itu direka khas oleh pereka tempatan Brian Khoo bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November ini. - Foto Instagram Miss Universe
Meskipun dikecam hebat netizen, pereka fesyen busana nasi lemak Miss Universe Malaysia, Brian Khoo masih mempertahankan rekaannya.
Malah, Brian menghargai semua maklum balas yang diberi netizen di media sosial.
"Ya, ia adalah sesuatu yang saya banggakan. Inilah masanya untuk memperagakan rekaan yang diilhamkan daripada makanan kegemaran kita semua, nasi lemak dan saya yakin kemenangan boleh berpihak kepada kita," kata Brian ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA LAGI: 'Telur mata kerbau dan nasi lemak sambal ikan bilis' taruhan Miss Universe Malaysia
#Brian Khoo #Busana nasi lemak #Miss Universe Malaysia