"Bunuh diri tu haram, akal kat mana?" - Hafiz Hamidun sindir Fathia Latiff?
Gempak
Januari 18, 2018 22:27 MYT
Januari 18, 2018 22:27 MYT
Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia meninggalkan beberapa komen ketika Iqram Dinzly sedang mengadakan sesi video ‘live’ di laman Instagram miliknya.
Fathia meninggalkan empat komen yang berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi ‘live’.
Tidak dapat dipastikan sama ada komen yang ditinggalkan oleh Fathia kepada Iqram berunsur gurauan atau serius.
Terbaru, penyanyi Hafiz Hamidun tampil memberikan komen mengenai isu tersebut secara umum menerusi laman Twitter .
"Bunuh diri tu haram. Tapi kalau suruh orang bunuh diri tu, (kalau bergurau sekali pun) memang tak lawak dan tak guna punya pemikiran.
"What if orang yang kau suruh bunuh diri tu triggered dan betul-betul bunuh diri. Kau happy? Puas?
"Akal kat mana? Nafsu kat mana?" tulis Hafiz.
Biarpun tidak menyebutkan nama Fathia, netizen mengandaikan nasihat itu sebagai satu sindiran dan mendakwa tweet tersebut ditujukan kepada aktres itu berikutan tindakan yang dilakukan olehnya kepada Iqram.
Nama Fathia dan Iqram terus menjadi bualan ramai semenjak tahun lalu.
Fathia terpalit dengan isu Bigo Live serta kenyataannya di laman sosial yang mengundang kontroversi manakala Iqram pula dilihat gemar melakukan aksi pelik di Instagram.