Bunohan tewas ke senarai akhir Oscar
Astro Awani
Disember 22, 2012 11:12 MYT
Disember 22, 2012 11:12 MYT
Filem arahan Dain Said, Bunohan tidak berjaya disenaraikan dalam senarai teratas untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-85.
Sembilan filem termasuk filem Austria yang bertajuk Amour berjaya disenaraikan dalam kategori tersebut. Filem itu pernah memenangi trofi Palme d’Or di Festival Filem Cannes tahun ini.
Antara filem yang terpilih termasuk filem dari Kanada yang bertajuk War Witch, No (Chile), A Royal Affair (Denmark), The Intouchables (Perancis), The Deep (Iceland), Kon-Tiki (Norway), Beyond The Hills (Romania) dan Sister (Switzerland).
Sebanyak 72 negara menghantar penyertaan tahun ini, terbanyak dalam sejarah penganjuran.
Calon akhir Anugerah Akademi akan diumumkan 10 Januari depan manakala majlis penganugehan Oscar bakal berlangsung 24 Februari.